Tuesday, June 21, 2011

SAINTIS TEMUI PASAK BUMI (BUKTI KEBENARAN AL-QURAN)

Artikel diambil dari email. Credit to the owner.


Assalamualaikum dan salam pembaca, pernahkah anda membaca terjemahan ayat -ayat suci ini. Allah SWT berfirman (maksud):

"Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya)" (Surah An-Naazi’aat, 79: Ayat 32)

Allah SWT berfirman (maksud):
"Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya"(Surah An-Naba’, 78: Ayat 7)


Dan Allah SWT berfiman juga berfirman (maksud):
"Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun- hayunkan kamu." (Al-Quran, Surah An-Nahl, 16: Ayat 15)
dalam sesetengah tafsir disebut

”Dan Dia menancapkan gunung-gunung di Bumi supaya Bumi itu tidak berguncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.”

Sebagai orang islam kita yakin setiap huruf dan perkataan yang terkandung dalam Qur'an pasti betul. Sekarang tengok gambar ni pula.

Setelah beribu tahun lamanya, saintis barat baru-baru ini menemui sebuah gua yang terletak di Naica Mexico, gua ini dipenuhi dengan batu-batu kristal yang berbentuk seperi pasak atau pancang seperti yang biasanya dipasang pada bangunan bangunan besar ada yang sampai dengan 12 meter panjang. Seperti dikatakan saintis, pasak-pasak ini hanyalah mukadimah sahaja kerana dikatakan lebih dalam mereka masuk lebih besar pasak-pasak yang dijumpai.

Dikatakan sejak penemuan gua bawah tanah ini sudah ramai saintis seluruh dunia yang datang untuk melakukan kajian.
Pengarang buku The Earth" ("Bumi"). yang menjadi rujukan di banyak universiti-universiti di seluruh dunia. Dr. Frank Press.
(Beliau juga pernah menjadi penasihat sains kepada bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter). menyatakan bahawa gunung-ganang hanyalah saebahagian daripada sebuah ‘binaan yang besar’ dimana akarnya memanjang jauh ke dalam perut bumi. Dr. Press menulis lagi bahawa gunung-gunung sangat penting dalam meneguhkan dan menetapkan perut bumi. Inilah yang diperkatakan oleh Al-Quran mengenai gunung-ganang sejak 1400 tahun dahulu.


Subahanallah,benarlah firman Allah Yang Maha Genius.

copyrights reserved by http://nuhamih.blogspot.com/

3 comments:

rusyida said...

subahanallah. Thanks for sharing....

Car Loan Calculator said...

thanks for sharing this

malaysia largest car classified said...

thanks for sharing

I LOVE ALLAH !