Friday, December 3, 2010

Pendaftaran di Sekolah Rendah Sri Al Ummah

Salam Semua,

Kepada ibubapa yang masih tercari-cari atau masih mencari sekolah mana nak hantar anak pada sessi 2011, yang menyukai aliran agama dan akademik = sekolah satu sessi dari pagi sampai petang dengan kemudahan van sekolah dari Pantai Dalam, Bandar Tun Razak, Bandar Sri Permaisuri, Keramat, Sentul, Kampung Pandan dan risau akan anak2 tidak betah bersekolah dengan bilangan pelajar melebihi ratusan atau ribuan pelajar .... sekolah SRA Al Ummah lah jawapannya. Bilangan pelajar pun tak ramai dalam 200 - 250  semua kelas dari darjah satu - darjah enam. Makan tengahari disediakan.

Baju sekolah ? emm lain dari budak sekolah biasa. Baju hijau.

Kasut sekolah ? warna hitam, jika sekolah biasa hanya pengawas je yang boleh pakai kasut hitam., di sekolah ni semua pelajar diwajibkan kasut hitam.

Makan? jangan risau, makan tengahari disediakan. Siap ada kari kambing lagi tuh !

Matapelajaran ? jangan risau sama je mcm sekolah biasa ... masih ada aliran biasa bersama dengan aliran agama (aliran agama dilebihkan, ada hafazan dll), semua darjah ada belajar kelas komputer.

Sukan dan koko? hish! takan tak ada? memang ada. kalau hari sukan, setiap pasukan akan dinamakan dengan tokoh2 islam yang terkenal ataupun peperangan dalam islam macam tabuk, badar dll.

Jadi semua, jangan lupa tambahkan link ini di dalam blog anda untuk perkhabaran mutakhir SRA Al Ummah.

Pendaftaran Untuk Sesi 2011 
Pada 25-26 December  2010.
Bermula dari Jam :
Jam 8.00pagi sehingga Jam 1.00Tengahhari. 
Bertempat Di  :
Sekolah Rendah Agama Sri Al-Ummah 
Jalan Kg Pandan.

No comments:

I LOVE ALLAH !